Tuesday, April 24, 2012
Aku tak pernah minta dikasihi sepenuh hati , aku tak pernah minta disanjungi setinggi langit , hanya sekadar teman untuk aku berkasih sayang sudah cukup . Aku tak pernah minta kau memberi harta kekayaan , hanya sekadar sekeping hati yang bisa buat aku bahagia sudah cukup untuk aku terbang seperti merpati putih . Mungkin aku masih mentah dalam semua hal seperti ini , tapi aku tak pernah bodoh dalam soal hati .
Aku tahu cinta itu buta . Dan disebabkan buta , kau tutup segala kesalahan yang pernah aku buat hanya untuk bersama aku lagi . Kau sanggup berhabis hingga beratus ratus hanya untuk aku . Aku bahagia , aku bangga kerana kau tetap ada disisi saat aku mengkhianati kau . Kau sentiasa beri aku peluang yang acapkali aku buat kesalahan pada kau . Hari ni , kau bawa aku shopping . Kau belikan aku jam , handbag , kasut , makan dan lain lain . kau berhabis untuk aku walaupun semua yang aku mahu tu mahal mahal , kau tak pernah cakap apapun . Kau cakap , lebih baik kau yang belikan dari orang lain yang belikan . Tu lebih menyakitkan dari berhabis untuk aku .
Kau masih lagi bagi aku peluang , kau masih lagi sabar . Aku bangga dengan adanya kau menghiasi hari hari aku . Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi . Tuhan je tahu pengorbanan kau yang terlalu banyak untuk aku . mungkin segala yang berlaku ada baik buruknyaa . Sekarang aku belajar untuk menghargai . Terima kasih banyak banyak sayang . Aku masih perlukan kau dalam hidup aku . Aku sayangkan kau Muhammad F***i





Nur Shera Elyana Binti Mohd Azhar


